KARNIVAL PERMATA
1434H – 2012M
TEMA
“Dari Kita Untuk Kita”
TARIKH
13, 14 & 21 DISEMBER 2012
TEMPAT
MASJID SYUHADA, PUSKMA, MASJID IBN BAZ &
DEWAN MASRAH, UNIVERSITI MU’TAH
ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA UNIVERSITI
MU’TAH (PERMATA)
DENGAN KERJASAMA
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA AMMAN
EDUCATION MALAYSIAN JORDAN (EMJ)
JABATAN
PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Program
tiga hari ini bakal menghimpunkan seluruh ahli PERMATA serta jemputan-jemputan
dari luar bertujuan untuk mempertingkat nilai kreativiti dan inovasi dalam diri
setiap ahli melalui aktiviti yang dijalankan.
OBJEKTIF
- Menonjolkan bakat dan kemahiran yang dimiliki oleh ahli PERMATA.
- Menjadikan program ini sebagai medium untuk menyampaikan maklumat dan info berkenaan PERMATA kepada ahli secara efektif.
- Meningkatkan kualiti intelektual dan sistem pengurusan pada tahap optimum.
- Menjana mahasiswa proaktif serta dinamik.
Program ini berteraskan kepada tiga prinsip utama iaitu pengurusan
efektif, kos yang berpatutan serta input yang maksimum.
Program ini diketuai
oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah selaku ketua bagi semua unit. Setiap gerak
kerja terdiri daripada jawatankuasa-jawatankuasa khas yang dilantik dan
diketuai oleh Ketua Unit dan Timbalan Ketua Unit. Setiap unit dianggotai oleh
AJK Pelaksana bagi membantu dan memudahkan tugas.
0 comments:
Post a Comment