KARNIVAL PERMATA 2012

Wacana Masa Hadapan Asia

KARNIVAL PERMATA 2012

Konsert Amal

KARNIVAL PERMATA 2012

Bersama Sheikh Solah Abdul Fatah Al-Khalidi Hafizahullah

KARNIVAL PERMATA 2012

Dari Kita, Untuk Kita

KARNIVAL PERMATA 2012

Dari Kita, Untuk Kita

Thursday, December 20, 2012

Aturcara Hiwar Bersama Sheikh Solah Abdul Fatah Al-Khalidi



Hari/Tarikh: Jumaat/21 Disember 2012
Tempat: Masjid Ibn Baz
Masa: 1.45 petang

1.45 petang: Ahli PERMATA tiba ke Masjid Ibn Baz
2.00 petang: Ketibaan Sheikh bersama Dr. Syuesh AL-Mahamid (Moderator)
2.15 petang: Majlis bermula

Kawan-kawan semua, Sheikh akan membincangkan tajuk [أولوياتنا اليوم]. Dan Sheikh pasti akan sangat gembira melayani persoalan-persoalan daripada kita ketika sesi dua hala. In-sha-allah ;)

# PERMATA KITA, SUARA KITA, KELUARGA KITA #
# DARI KITA, UNTUK KITA #

Wednesday, December 19, 2012

Sheikh Solah Di Hati Mereka



"Selain khutbah-khutbah dan tazkirah beliau yang banyak menyentuh perkembangan semasa di seberang (Palestin), Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi juga mencelikkan hati dan pemikiran kami dengan pelbagai persoalan hidup melalui suluhan al-Quran, yang seperti saya tidak pernah tahu atau nampak."

"Sheikh Solah menekuni elemen-elemen halus (latha’if) al-Quran hingga menyebabkan kami bukan sahaja berasa kenyang memahami al-Quran dengan al-Quran dan al-Sunnah, malah tiada langsung rasa berhajat untuk menjenguk Israiliyyat atau apa-apa riwayat yang tidak berasal usul, walau sepopular mana pun ia."

"Sesungguhnya saya amat terkesan dengan metodologi Sheikh Solah dalam memahami ayat-ayat al-Quran. Selain komitmen tegas dan jernih beliau untuk hanya berpegang kepada hadith yang sahih dalam menafsir al-Quran, kepakaran Sheikh Solah adalah pada memudahkan teks yang rumit kepada huraian yang difahami oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya mereka yang tidak mendalam penguasaan bahasa arabnya."

Petikan daripada "Penghargaan Dan Doaku Buat Sheikh Solah Al-Khalidi", oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jami di: [http://saifulislam.com/?p=367].


"Dulu, kami para pelajar yang dahagakan ilmu menghadiri kelas pengajian Dr Salah al-Khalidi di masjid. Dia ada kuliah tafsir tetap setiap pagi selepas solat fajar. Kami menikmati semangat perjuangannya yang tinggi. Khutbah-khutbahnya membakar semangat. Pernah polis mengepungnya untuk diambil tindakan."

"Saya agak rapat dengan Dr Salah al-Khalidi. Saya sering ke rumahya, bahkan sebelum pulang dia memberikan bukunya Qabasat Tarikhiyyah yang belum dicetak dan masih tulisannya kepada saya. Saya masih simpan naskah asal itu sehingga hari ini."

"Saya menemui Dr Salah al-Khalidi, dia sudah bertongkat. Dia dibuang dari Masjid Abd al-Rahman ‘Auf. Dia juga tidak dibenarkan meneruskan kuliahnya. Kini dia hanya boleh memberikan kuliah subuh tafsir ringkas di masjid lain di kawasan Sweileh itu iaitu Masjid Farid Khalil, sebuah masjid baru. Namun, dia bukan lagi imam dan khatib seperti dulu. Mungkin istilah tanpa tauliah tidak digunakan, namun dia tetap dihalang. Dia hanya boleh mengajar kuliah singkat subuh dan di universitinya sahaja."

"Dia seperti semalam. Semangatnya tidak pudar. Dia berkata kepada saya ‘kerajaan yang zalim menghalang kelas-kelas ilmunya’. Saya berjumpa beliau di masjid baru itu selepas solat fajar. Sedih juga melihat keadaannya. Malang sekali, saya terlupa membawa sesuatu untuknya sebagai kenangan dari saya. Itu kesilapan besar. Saya sayangkan beliau. Banyak yang saya pelajari dari beliau."

Petikan daripada "Kembara Ke Tempat Lama: Kenangan Dan Sayang" oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di: [http://drmaza.com/home/?p=1827]

Friday, December 14, 2012

Aturcara Jumaat, 14 Disember 2012


7.30 AM – 12.00 PM: Persiapan ruang pameran dan gerai jualan.

12.00 PM: Solat Jumaat.


2.00 PM: Ketibaan Ahli PERMATA. Gerai Pameran & Jualan berlangsung.

2.30 PM: Pertandingan bermula serentak.
  1. Kreatif Dapur
  2. Spell It Right
  3. Speaker Corner
3.15 PM: Solat Asar.

4.00 PM: Hakim melawat tapak gerai.

4.20 PM: Kehadiran tetamu kehormat.

4.30 PM: Tetamu kehormat melawat tapak gerai.

5.00 PM: Semua pertandingan berakhir.

5.45 PM: Solat Maghrib.

6.30 PM: Konsert Amal bermula.

10.15 PM: Majlis dijangka tamat, bersurai


 # PERMATA KITA, SUARA KITA, KELUARGA KITA #
# DARI KITA, UNTUK KITA #

Wednesday, December 12, 2012

Pertandingan "Spell-It-Right"

Anda yakin dengan kemampuan mengeja anda? Atau anda mahu menduga diri; sejauh mana kemahiran bahasa anda?

Karnival Permata 2012 membawakan "Spell-It-Right" versi PERMATA buat kawan-kawan semua!

Anda rasa 'padu'!? Isi borang ini, Jumaat nanti kita beradu! In-sha-allah ;)

[https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dDljY2M4bDhuTUpYZ0c4MG9vaVl2Y0E6MQ]


Berikut adalah sharat-sharat pertandingan:


  1. Penyertaan adalah percuma.
  2. Soalan adalah berdasarkan kepada pilihan hakim pertandingan.
  3. Penyertaan dibuka kepada seluruh ahli PERMATA.
  4. Setiap peserta harus mengeja setiap perkataan yang diberikan oleh pengadil dengan tepat dan betul.
  5. Peserta diberikan masa hanya 30 saat untuk memberikan jawapan.
  6. Setiap peserta diminta menulis ejaan yang diyakini dan disebut ketika berakhirnya waktu.
  7. Pihak penganjur berhak meminda apa jua syarat-syarat pertandingan dari masa ke semasa.
  8. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  9. TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 13 Disember 2012/Khamis.

Wacana Masa Hadapan Asia

Kawan-kawan, barangkali kita sering tertanya-tanya; akan apa yang sedang berlaku di negara-negara serantau kita. Negara-negara rantau Asia Tenggara maksudnya.

Bagaimana katanya Thailand; dengan Selatannya yang sering bergolak berdasarkan khabar-khabar yang termuat di dada akhbar dan kaca televishen.
Atau bagaimana kisahnya Filipina yang Muslim adalah bukan-majoriti di sana?

Dan bagaimana pula cerita Indonesia yang sering gawat dek diversitinya - kepelbagaian - warganya?

Serta Malaysia; yang kian hari kian menghangat isu politiknya, tarikh pilihanraya yang entah-siapa-yang-tahu yang menyebabkan parti-parti terlibat kian gelisah dan resah.

Maka,

Kami bawakan tokoh-tokoh anak muda dari negara-negara ini untuk 'berkongsi cerita'. Dan paling penting, satu soalan yang perlu kita jawab bersama dan akan kita bincangkan dalam wacana ini; "Apa peranan kita, seorang mahasiswa muda!?".

Nantikan!

Hari/Tarikh: Rabu/13 Disember 2012
Tempat: PUSKMA
Masa: 8.00 Malam

Blog: [http://karnivalpermata2012.blogspot.com/]

Page FB: [http://www.facebook.com/pages/Karnival-Permata-2012/559122687438658]

Event/RSVP: [http://www.facebook.com/events/426153557450155/]
# PERMATA KITA, SUARA KITA, KELUARGA KITA #
# DARI KITA, UNTUK KITA #


Tuesday, December 11, 2012

Pengenalan; Latar Belakang & Objektif


KARNIVAL PERMATA
1434H – 2012M

TEMA
“Dari Kita Untuk Kita”

TARIKH
13, 14 & 21 DISEMBER 2012

TEMPAT
MASJID SYUHADA, PUSKMA, MASJID IBN BAZ &
DEWAN MASRAH, UNIVERSITI MU’TAH

ANJURAN
PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA UNIVERSITI MU’TAH (PERMATA)

DENGAN KERJASAMA
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA AMMAN
EDUCATION MALAYSIAN JORDAN (EMJ)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

 
Program tiga hari ini bakal menghimpunkan seluruh ahli PERMATA serta jemputan-jemputan dari luar bertujuan untuk mempertingkat nilai kreativiti dan inovasi dalam diri setiap ahli melalui aktiviti yang dijalankan

OBJEKTIF

  • Menonjolkan bakat dan kemahiran yang dimiliki oleh ahli PERMATA.
  • Menjadikan program ini sebagai medium untuk menyampaikan maklumat dan info berkenaan PERMATA kepada ahli secara efektif.
  • Meningkatkan kualiti intelektual dan sistem pengurusan pada tahap optimum.
  • Menjana mahasiswa proaktif serta dinamik.

Program ini berteraskan kepada tiga prinsip utama iaitu pengurusan efektif, kos yang berpatutan serta input yang maksimum.


Program ini diketuai oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah selaku ketua bagi semua unit. Setiap gerak kerja terdiri daripada jawatankuasa-jawatankuasa khas yang dilantik dan diketuai oleh Ketua Unit dan Timbalan Ketua Unit. Setiap unit dianggotai oleh AJK Pelaksana bagi membantu dan memudahkan tugas.


Monday, December 10, 2012

Pendaftaran

Ayuh sama-sama memeriahkan KARNIVAL PERMATA 2012 ini dengan menyertai kami. Kami sediakan untuk anda yang berminat; Tender Makanan dan Gerai Jualan.

Buat Ahli PERMATA yang punya bakat dan kemahiran memasak, dan berminat untuk berbisnes memasak, atau yang minat berjaja dan menjual produk, peluang ini adalah untuk anda.

Untuk peserta Gerai Jualan, kami adakan anugerah khas untuk anda yang terpilih nanti; ANUGERAH GERAI JUALAN TERBAIK. Hanya untuk satu gerai yang terpilih, iaitu yang paling MESRA PELANGGAN, BERSIH dan DEKORASI MENARIK.

Apa ditunggu? Jom isi! Hanya klik di pautan berikut:

[TENDER MAKANAN]

[GERAI JUALAN]