KARNIVAL PERMATA 2012

Wacana Masa Hadapan Asia

KARNIVAL PERMATA 2012

Konsert Amal

KARNIVAL PERMATA 2012

Bersama Sheikh Solah Abdul Fatah Al-Khalidi Hafizahullah

KARNIVAL PERMATA 2012

Dari Kita, Untuk Kita

KARNIVAL PERMATA 2012

Dari Kita, Untuk Kita

Wednesday, December 19, 2012

Sheikh Solah Di Hati Mereka



"Selain khutbah-khutbah dan tazkirah beliau yang banyak menyentuh perkembangan semasa di seberang (Palestin), Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi juga mencelikkan hati dan pemikiran kami dengan pelbagai persoalan hidup melalui suluhan al-Quran, yang seperti saya tidak pernah tahu atau nampak."

"Sheikh Solah menekuni elemen-elemen halus (latha’if) al-Quran hingga menyebabkan kami bukan sahaja berasa kenyang memahami al-Quran dengan al-Quran dan al-Sunnah, malah tiada langsung rasa berhajat untuk menjenguk Israiliyyat atau apa-apa riwayat yang tidak berasal usul, walau sepopular mana pun ia."

"Sesungguhnya saya amat terkesan dengan metodologi Sheikh Solah dalam memahami ayat-ayat al-Quran. Selain komitmen tegas dan jernih beliau untuk hanya berpegang kepada hadith yang sahih dalam menafsir al-Quran, kepakaran Sheikh Solah adalah pada memudahkan teks yang rumit kepada huraian yang difahami oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya mereka yang tidak mendalam penguasaan bahasa arabnya."

Petikan daripada "Penghargaan Dan Doaku Buat Sheikh Solah Al-Khalidi", oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jami di: [http://saifulislam.com/?p=367].


"Dulu, kami para pelajar yang dahagakan ilmu menghadiri kelas pengajian Dr Salah al-Khalidi di masjid. Dia ada kuliah tafsir tetap setiap pagi selepas solat fajar. Kami menikmati semangat perjuangannya yang tinggi. Khutbah-khutbahnya membakar semangat. Pernah polis mengepungnya untuk diambil tindakan."

"Saya agak rapat dengan Dr Salah al-Khalidi. Saya sering ke rumahya, bahkan sebelum pulang dia memberikan bukunya Qabasat Tarikhiyyah yang belum dicetak dan masih tulisannya kepada saya. Saya masih simpan naskah asal itu sehingga hari ini."

"Saya menemui Dr Salah al-Khalidi, dia sudah bertongkat. Dia dibuang dari Masjid Abd al-Rahman ‘Auf. Dia juga tidak dibenarkan meneruskan kuliahnya. Kini dia hanya boleh memberikan kuliah subuh tafsir ringkas di masjid lain di kawasan Sweileh itu iaitu Masjid Farid Khalil, sebuah masjid baru. Namun, dia bukan lagi imam dan khatib seperti dulu. Mungkin istilah tanpa tauliah tidak digunakan, namun dia tetap dihalang. Dia hanya boleh mengajar kuliah singkat subuh dan di universitinya sahaja."

"Dia seperti semalam. Semangatnya tidak pudar. Dia berkata kepada saya ‘kerajaan yang zalim menghalang kelas-kelas ilmunya’. Saya berjumpa beliau di masjid baru itu selepas solat fajar. Sedih juga melihat keadaannya. Malang sekali, saya terlupa membawa sesuatu untuknya sebagai kenangan dari saya. Itu kesilapan besar. Saya sayangkan beliau. Banyak yang saya pelajari dari beliau."

Petikan daripada "Kembara Ke Tempat Lama: Kenangan Dan Sayang" oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di: [http://drmaza.com/home/?p=1827]